Isnin, 2 Ogos 2010

Moulay Al-Arabi Al-Darqawi



Menurut As-Syeikh Muhammad Bin Muhammad Makhluf, di dalam kitabnya Syajaratul Nur, nama penuhnya ialah : Abu Abdullah Muhammad Al-Arabi bin Ahmad Al-Darqawi Al-Hasani. Sementara menurut pendapat yang lain, namanya ialah Abu Hamid Al-Arabi bin Ahmad bin Husin Al-Darqawi. Nama nisbahnya “Al-Hasani” itu menunjukkan bahawa beliau dari keturunan Saidina Ali bin Abi Talib melalui anakandanya Saidina Hasan R.A. Perkataan moulay berasal dari maulai, yang bererti “ tuanku” atau “pelindungku” atau “ penaungku” ialah suatu gelaran yang terpakai di negeri Maghribi bagi seseorang yang dari keturunan Rasulullah S.A.W. Moulay Al-Arabi Al-Darqawi di lahirkan di kalangan kabilah Zarwal. Di kawasan pergunungan di sebelah utara kota Fez, di mana kaum keluarganya telah bertapak semenjak turun-temurun lamanya.

Tarikh kelahirannya tiadalah di ketahui dengan pasti, tetapi di anggarkan tahun 1150H, bersamaan 1737 M. Beliau wafat pada tahun 1239 Hijriah bersamaan 1823 M, dalam lingkungan usia 80an tahun. Beliau mengambil Tarekat Syazalliah daripada Moulay Abu Hasan Ali, yang bergelar Al-Jamal, dan menjadi pengganti syeikhnya pada tahun 1193 Hijriah bersamaan 1779 M.

Ramai pula yang menerima tarekat dan berkat daripada moulay Al-Arabi dan memperoleh manfaat dengannya dengan izin Allah. Di antaranya ialah anakandanya sendiri, Muhammad Al-Toyyib Al-Darqawi yang wafat pada tahun 1287 Hijriah bersamaan 1870 M , As-Syeikh Al-Barkat Ali, Abu Abdullah Muhammad bin Hamzah Zafar Al-Madani ( pengasas tarekat Darqawiyyah Syazalliyah cawangan Madinah), Abu Abbas Ahmad Zauyatan, Muhammad bin Abdul Qadir, Abu Yakza Al-Mahaji dan Abu Abdullah Omar bin Muhammad Al- Harak.

Menurut Sidi Ahmad bin Ajibah, Syeikhnya, Moulay Muhammad Al-Bouzaidi, adalah murid bagi Moulay Al-Arabi Al-Darqawi dan Ibnu Ajibah R.A, memanggil Moulay Al-Arabi Darqawi di dalam kitabnya itu dengan gelaran “ Syaikhu-Syaikhina” yakni “ Syeikh bagi syeikh kami”.
Pengarang kitab Syajaratul Nur Al- Zakiyyah mensifatkan Moulay Al-Arabi Darqawi, sebagai pembawa panji2 tarekat Syazalliah pada zamannya, ustaz bagi beberapa banyak ustaz pada masanya, Syeikh yang terbesar, orang yang mengenal Allah, yang paling masyhur, alim lagi beramal dengan ilmunya, wali Allah yang sampai kepada makrifat yang sempurna, adalah dia dari kalangan lelaki yang sempurna lagi ajaib halnya.

Dikatakan,bahawasanya pengaruh rohaniah Moulay Al-Arabi mendatangkan suatu perkembangan besar terhadap tasauf dan kebangkitan kembali kehidupan rohaniah di negeri Maghribi(Morocco),Al Jazair dan beberapa buah negeri lain.Beberapa orang murid Moulay Al-Arabi Al-Darqawi yang mengambil tarekat secara langsung daripadanya,kemudianya telah menjadi masyaikh yang kenamaan dan menubuhkan cawangan2 baru pada tarekat Darqawiah Syazalliah.

Pertumbuhan cawangan2 baru ini tiada bererti penyelewengan daripada tarekat yang asal dan tiada pula bererti perpecahan.Hanya ia timbul dengan munculnya seseorang syeikh yang baru yang memperbaharui atau mendatangkan penyesuaian pada kaifiatnya,tanpa mengubah2 ajaran atau qawaid asal tarekat itu.Semua cawangan baharu bagi tarekat Darqawiah ini dikenali sebagai Darqawi,sementara Moulay Al-Arabi Al-Darqawi R.A dirujuk dengan gelaran “Syeikh Masyasyikhina” yakni (“Syeikh bagi syeikh2 kami”).

Tarekat Darqawiah ini diperkembangkan oleh para murid Moulay Al-Arabi di Tunais,Al- Jazair,Libya,Mesir,Madinah Al Munawarah ,Lebanon,Syria,Turki,Habsyah,Mozambeew, Yaman,Palestin,Jordan,Silon,bahkan sampai terdapat pengikut2nya sekarang di Eropah.




Di antara sumbangan terbesar Moulay Arabi Al-Darqawi ialah surat2 beliau kepada anak muridnya yang mengandungi nasihat2 berbentuk kerohanian yang kini sudah di salin dan di cetak oleh muridnya dan beberapa orang yang terbabit. Suratnya di cetak banyak kali di kota Fez dengan chop batu. Surat ini masih di baca di zawiyah2 tarekat Darqawiyyah dengan syarahnya. Kandungannya membicarakan tentang kaifiat mujahadah untuk memdampingkan diri ke hadrat Allah Taala. Mengenal nafsu dan ruh, mengenal selok belok nafsu dan cara2 mengatasi gangguan nafsu dan syaitan dan beberapa sudut makrifat. Analisanya terhadap sakit jiwa dan pengubatannya secara rohaniah adalah lebih tepat dan mengatasi mana-mana huraian yang terdapat di dalam sikologi moden yang bersifat sekular.
Tentang surat moulay Al-Arabi Al-Darqawi ini, syeikh Muhammad bin Muhammad Makhluf menyatakan di dalam kitabnya Syajaratul Nur Al-Zakiyyah, : “Dan risalah-risalahnya itu teredar di kalangan manusia, baginya pada risalah-risalah itu terdapat nafas yang di berkati lagi luhur”.
Semoga Allah memberi manfaat kepada kita semua melalui berkatnya. InsyaAllah.
Wallahualam..

Sabtu, 17 April 2010

Huzaifah Al-Yaman

Huzaifah Al-Yamani ‎ adalah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Bapa Huzaifah, Al-Yaman adalah seorang penduduk Makkah dari suku Abs. Kemudian Al-Yaman berpindah ke Yathrib dan menjadi sekutu kepada suku kaum Bani Al-Ashal. Ibunya pula berasal dari suku kaum ini.

Digelar sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi". Ketika Perang Khandaq, Nabi S.A.W mengarahkan beliau menjadi perisik untuk mengetahui strategi musuh tentera Islam pada ketika itu iaitu kaum Quraisy. Namun, beliau mengambil tindakan nekad dengan menyamar sebagai salah seorang tentera musuh. Tindakan ini membantu tentera Islam setelah mendapat maklumat musuh daripada Huzaifah.

Ketika zaman pemerintahan
Umar Al-Khattab, beliau dilantik sebagai panglima perang untuk membantu Nu'man ibn Muqarrin dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Nihawand. Berikutan gugurnya Nu'man ibn Muqarrin di dalam peperangan dan dengan kemenangan tentera Islam di Nihawand, beliau dilantik menjadi gabenor Kufah dan Mada'in seterusnya menjadi wakil khalifah di tanah Parsi.


Menurut catatan sejarah, di antara sekalian sahabat Nabi, yang pertama sekali menjadikan ibadah secara satu Tarekat yang khusus, adalah sahabat Nabi S.A.W yang bernama Huzaifah Bin Al-Yaman, seorang sahabat nabi yang mulia dan terhormat. Beliaulah yang pertama kali menyampaikan ilmu-ilmu yang kemudian hari kita kenal dengan Tasauf dan beliaulah yang membuka jalan serta teori-teori untuk ini.


Ada yang berkata kepada Huzaifah Bin Al-Yaman, : “Kami lihat tuan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah kami dengar dari salah seorang sahabat Nabi yang lain dari tuan, dari mana tuan peroleh akannya?” Jawabnya : “Rasulullah S.A.W telah menentukannya kepada saya. Orang banyak menanyai Rasulullah S.A.W dari hal yang baik-baik, tetapi saya menanyai beliau dari hal yang jahat-jahat, apa yang jahat itu, dengan maksud agar mengetahuinya, supaya dapat menjauhkan diri daripadanya ; Sedang mengenai yang baik saya tidak takut ketinggalan dan sebagainya.” “Siapa yang tidak mengenal kejahatan, ia tidak akan mengenal kebaikan. “ Demikian kata Huzaifah Al- Yaman.

Dalam keterangannya yang lain tersebut : “Banyak orang yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : “ Ya Rasulullah, apa pahala mengerjakan ini dan itu ? “ Mereka menanyai Rasulullah S.A.W darihal fadhilat-fadhilat amalan, tetapi selalu berkata kepada Rasulullah S.A.W :” Apa yang merosakkan amal ini dan amal itu, “ Seraya menanyakan pelbagai perosak-perosak yang akan merosakkan amalan-amalan.”

Kata seorang ulama Tasauf, Abu Talib Al- Makki : “Huzaifah bin Al-Yaman telah di tentukan menpunyai ilmu mengenai orang munafik. Dia sendiri yang khusus mempunyai pengetahuan tentang sifat-sifat munafik, rahsia-rahsia ilmu dan faham-faham yang halus, dan mempunyai ilmu tentang keyakinan yang tersembunyi di antara sahabat-sahabat Nabi S.A.W. Misalnya Umar Al-Khattab tidak mahu turut menyembahyangkan seorang yang wafat, kalau di lihatnya Huzaifah Bin Al-Yaman tidak turut menyembahyangkannya. Kerana Huzaifah mempunyai pengetahuan tentang ilmu batin, dia tahu siapa yang munafik dan siapa yang tidak”


Demikianlah, pada masa hidupnya, di sekeliling Huzaifah Bin Al-Yaman, telah berdiri suatu madrasah kecil yang terdiri dari sebahagian sahabat-sahabat, misalnya Wasibah, yang terkenal dalam suatu riwayat, yang mengatakan : “Saya telah mendatangi Rasulullah S.A.W. Saya tidak hendak membiarkan sesuatu kebaikan atau kejahatan melainkan saya akan tanyai Nabi dalam hal tersebut. Saya langkahi orang banyak untuk sampai ke tempat Nabi S.A.W. Sahabat-sahabat mengatakan, “ Jauhlah engkau, hai Wasibah dari Rasulullah S.A.W” Tetapi saya katakana pada mereka : “Biarkanlah saya mendekati beliau, kerana beliaulah manusia yang paling saya cintai.” Kemudian Rasulullah berkata kepada Wasibah : “Hai Wasibah, saya datang mengkhabarkan kepada engkau mengenai maksudmu datang ini atau engkau yang akan menanyakannya kepada saya?” Jawab Wasibah: “Tuanlah Rasulullah yang mengkhabarkannya kepada saya .” Kata Nabi S.A.W. : “ Engkau datang hendak menanyakan apakah kebaikan itu dan apakah dosa itu.” “Benar, ya Rasulullah,” jawab Wasibah. Lalu Nabi mengumpulkan sekalian ank jarinya dan menggaru-garu dada saya dengan anak jari beliau itu, seraya berkata, tanyalah hatimu, hai wasibah,” kerana yang baik itu yang tenang di dalam hati dan yang dosa itu selalu pulang balik di dalam dada manusia, walaupun orang ramai memberi fatwa kepada engkau dan engkau pun memberi fatwa kepada orang ramai.”


Hadis yang di atas tersebut, termasuk salah satu tiang dari Ilmu Tasauf, kerana Tasauf itu sebahagian besar ianya mengenai lapangan-lapangan perasaan hati manusia.


Akan tetapi madrasah Tasauf yang didirikan Huzaifah pada masa itu masih belum terkenal dengan nama Tasauf, masih sangat sederhana sekali. Belum ada tersiar riwayat-riwayat dan berita-berita mengenai madrasah Huzaifah Al-Yaman ini sebagaimana yang akan tersiar dari madrasah-madrasah Tasauf pada abad kedua Hijriah, di mana pelbagai ilmu dan pengetahuan-pengetahuan mengenai Tsauf telah tersiar.


Benar, madrasah kecil dari Huzaifah itu sendiri akan menghasilkan hasilnya pada abad depannya, di mana murid-muridnya terus mengembanglan pengetahuannya sehingga tersiar luas. Walaupun demikian, Imam Sufi yang pertama di dalam sejarah Islam iaitu Al-Hasanul Basri. Seorang ulama besar Tabiin, adalah murid beliau dan keluaran madrasah ini.

-Wallahualam.




Sabda Rasulullah:
حديث حذيفة بن اليمان رضى الله عنه قال : كان الناس يسألون رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الخير وكنت أسأله عن الشر مخافة أن يدركني فقلت يا رسول الله إنا كنا في الجاهلية وشر فجاءنا الله بهذا الخير فهل بعد هذا الخير شر قال نعم فقلت هل بعد ذلك الشر من خير قال نعم وفيه دخن قلت وما دخنه قال قوم يستنون بغير سنتي ويهدون بغير هدي تعرف منهم وتنكر فقلت هل بعد ذلك الخير من شر قال نعم دعاة على أبواب جهنم من أجابهم إليها قذفوه فيها فقلت يا رسول الله صفهم لنا قال نعم من جلدتنا ويتكلمون بألسنتنا قلت يا رسول الله فما ترى إن أدركني ذلك قال تلزم جماعة المسلمين وإمامهم فقلت فإن لم تكن لهم جماعة ولا إمام قال فاعتزل تلك الفرق كلها ولو أن تعض على أصل شجرة حتى يدركك الموت وأنت علىذلك

Maknanya: Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman RA katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?

Rasulullah menjawab: Ya.

Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?

Rasulullah manjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
A
ku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.

Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?

Rasulullah menjawab: Ya, ketika ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke neraka jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam neraka itu.

Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.

Rasulullah manjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.

Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?

Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka.

Aku bertanya lagi: Bagaimanakah sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?

Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.

Selasa, 19 Januari 2010

Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi





Syeikh Muhammad bin Ali as-Sanusi telah dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal 1202H/22 Disember 1787M di sebuah tempat yang bernama al-Wasitah, di Mustaghanim, Algeria.

Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi adalah seorang ulama yang ikhlas dan suka merendahkan dirinya. Oleh itu, beliau telah mencapai kemajuan yang pesat di atas jalan kerohanian.

Tarekat Sanusiyah bukan semata-mata tarekat biasa, melainkan ia adalah sebuah gerakan. Gerakan tajdid dan islam. Pengasasnya adalah Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi.

Tarekatnya bebas dari syirik dan khurafat. Beliau menyeru kepada ijtihad dan memerangi taqlid. Syeikh as-Sanusi yang bermazhab Maliki, akan menyalahi pendapat mazhabnya jika ada mazhab lain yang lebih mendekati kepada kebenaran.

Antara bintang dari tarekat ini adalah Umar Mukhtar sang Singa Padang Pasir yang terkenal itu.

Berikut ini adalah ringkasan dari Tarekat As-Sanusiyah:
- Sanusiyah merupakan gerakan dakwah Islam, islah dan tajdid.
- Secara umumnya mereka berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah dengan pengaruh tasauf.
- Ia muncul di Libya pada kurun ke-13 H.
- Tersebar luas hingga ke Selatan Afrika, Sudan, Somalia dan sebahagian negara Arab.
- Gerakan ini terpengaruh dengan al-Imam Ahmad bin Hanbal, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Abu Hamid al-Ghazali.
- Pengasas gerakan ini adalah Muhammad bin Ali as-Sanusi yang bermazhab Maliki, namun beliau akan menyalahi mazhab berkenaan jika di sana ada kebenaran bersama mazhab lain.
- Dalam berdakwah kepada Allah, gerakan ini menggunakan cara lembut dan berhikmah.
- Mereka menekankan dalam kerja-kerja tangan dan sentiasa berjihad Fi Sabilillah menentang penjajah, Salibi dan sebagainya.

Kalaulah Tarekat As-Sanusiyah ini masih wujud lagi, kita tidak tahu apakah jalan yang ditempuh masih lagi sebening jalan yang telah dirintis oleh pengasasnya Syeikh as-Sanusi dan Umar Mukhtar? Atau hanya sekadar mengambil sempena namanya sahaja, sedangkan yang lain sama sahaja dengan jalan yang ditempuh oleh tarekat-tarekat lain..? Allah Maha Mengetahui

Sebelum beliau meninggal dunia, beliau pernah berkata, "Hamba-hamba Allah ini telah memberikan kami satu tugas yang amat berat sekali sehingga andaikata ia diletakkan di atas gunung, ia tidak akan sanggup untuk memikulnya." Yang dimaksudkan oleh beliau ialah menjaga amanah Allah.

Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi telah meninggal dunia pada bulan Safar tahun 1276H/1859M di al-Jaghbub, Libya.

Di petik dari : http://tamanulama.blogspot.com/2008_02_01_archive.html

Isnin, 16 November 2009

Syeikh Ibnu Athoillah Al Iskandari




Kelahiran dan keluarganya

Pengarang kitab al-Hikam yang cukup populer di negeri kita ini adalah Tajuddin, Abu al-Fadl, Ahmad bin Muhammad bin Abd al-Karim bin Atho’ al-Sakandari al-Judzami al-Maliki al-Syadzili. Ia berasal dari bangsa Arab. Datok moyangnya berasal dari Judzam yaitu salah satu Kabilah Kahlan yang berujung pada Bani Ya’rib bin Qohton, bangsa Arab yang terkenal dengan Arab al-Aa’ribah. Kota Iskandariah merupakan kota kelahiran sufi besar ini. Suatu tempat di mana keluarganya tinggal dan neneknya mengajar. Kendatipun namanya hingga kini demikian harum, namun bila sufi agung ini dilahirkan tidak ada catatan yang tegas. Dengan menelisik jalan hidupnya DR. Taftazani dapat menengarai bahwa ia dilahirkan sekitar tahun 658 sampai 679 H.

Ayahnya termasuk semasa dengan Syaikh Abu al-Hasan al-Syadili -pendiri Thariqah al-Syadziliyyah-sebagaimana diceritakan Ibnu Atho’ dalam kitabnya “Lathoiful Minan “ : “Ayahku bercerita kepadaku, suatu ketika aku menghadap Syaikh Abu al-Hasan al-Syadzili, lalu aku mendengar beliau mengatakan: “Demi Allah… kalian telah menanyai aku tentang suatu masalah yang tidak aku ketahui jawabannya, lalu aku temukan jawabannya tertulis pada pena, tikar dan dinding”.

Keluarga Ibnu Atho’ adalah keluarga yang terdidik dalam lingkungan agama, datok dari jalur nasab ayahnya adalah seorang ulama fiqih pada masanya. Tajuddin remaja sudah belajar pada ulama tingkat tinggi di Iskandariah seperti al-Faqih Nasiruddin al-Mimbar al-Judzami. Kota Iskandariah pada masa Ibnu Atho’ memang salah satu kota ilmu di semenanjung Mesir, karena Iskandariah banyak dihiasi oleh banyak ulama dalam bidang fiqih, hadits, usul, dan ilmu-ilmu bahasa arab, tentu saja juga memuat banyak tokoh-tokoh tasawwuf dan para Auliya’ Sholihin

Oleh karena itu tidak mengherankan bila Ibnu Atho’illah tumbuh sebagai seorang faqih, sebagaimana harapan dari datoknya. Namun kefaqihannya terus berlanjut sampai pada tingkatan tasawuf. Hal mana membuat datoknya secara terang-terangan tidak menyukainya.

Ibnu Atho’ menceritakan dalam kitabnya “Lathoiful minan” : “Bahwa datoknya adalah seorang yang tidak setuju dengan tasawwuf, tapi mereka sabar akan serangan dari datoknya. Di sinilah guru Ibnu Atho’ yaitu Abul Abbas al-Mursy mengatakan: “Kalau anak dari seorang alim fiqih Iskandariah (Ibnu Atho’illah) datang ke sini, tolong beritahu aku”, dan ketika aku datang, al-Mursi mengatakan: “Malaikat jibril telah datang kepada Nabi bersama dengan malaikat penjaga gunung ketika orang quraisy tidak percaya pada Nabi. Malaikat penjaga gunung lalu menyalami Nabi dan mengatakan: ” Wahai Muhammad.. kalau engkau mau, maka aku akan timpakan dua gunung pada mereka”. Dengan bijak Nabi mengatakan : ” Tidak… aku mengharap agar kelak akan keluar orang-orang yang bertauhid dan tidak musyrik dari mereka”. Begitu juga, kita harus sabar akan sikap datok yang alim fiqih (datok Ibnu Atho’illah) demi orang yang alim fiqih ini”.

Pada akhirnya Ibn Atho’ memang lebih terkenal sebagai seorang sufi besar. Namun menarik juga perjalanan hidupnya, dari didikan yang murni fiqh sampai bisa memadukan fiqh dan tasawuf. Oleh karena itu buku-buku biografi menyebutkan riwayat hidup Atho’illah menjadi tiga masa :
Masa pertama
Masa ini dimulai ketika ia tinggal di Iskandariah sebagai pencari ilmu agama seperti tafsir, hadits, fiqih, usul, nahwu dan lain-lain dari para alim ulama di Iskandariah. Pada periode itu beliau terpengaruh pemikiran-pemikiran datoknya yang mengingkari para ahli tasawwuf karena kefanatikannya pada ilmu fiqih, dalam hal ini Ibnu Atho’illah bercerita: “Dulu aku adalah termasuk orang yang mengingkari Abu al-Abbas al-Mursi, yaitu sebelum aku menjadi murid beliau”. Pendapat saya waktu itu bahwa yang ada hanya ulama ahli dzahir, tapi mereka (ahli tasawwuf) mengklaim adanya hal-hal yang besar, sementara dzahir syariat menentangnya”.
Masa kedua
Masa ini merupakan masa paling penting dalam kehidupan sang guru pemburu kejernihan hati ini. Masa ini dimulai semenjak ia bertemu dengan gurunya, Abu al-Abbas al-Mursi, tahun 674 H, dan berakhir dengan kepindahannya ke Kairo. Dalam masa ini sirnalah keingkarannya ulama’ tasawwuf. Ketika bertemu dengan al-Mursi, ia jatuh kagum dan simpati. Akhirnya ia mengambil Thariqah langsung dari gurunya ini.

Ada cerita menarik mengapa ia beranjak memilih dunia tasawuf ini. Suatu ketika Ibn Atho’ mengalami goncangan batin, jiwanya tertekan. Dia bertanya-tanya dalam hatinya : “apakah semestinya aku membenci tasawuf. Apakah suatu yang benar kalau aku tidak menyukai Abul Abbas al-Mursi ?. setelah lama aku merenung, mencerna akhirnya aku beranikan diriku untuk mendekatnya, melihat siapa al-Mursi sesungguhnya, apa yang ia ajarkan sejatinya. Kalau memang ia orang baik dan benar maka semuanya akan kelihatan. Kalau tidak demikian halnya biarlah ini menjadi jalan hidupku yang tidak bisa sejalan dengan tasawuf.

Lalu aku datang ke majlisnya. Aku mendengar, menyimak ceramahnya dengan tekun tentang masalah-masalah syara’. Tentang kewajiban, keutamaan dan sebagainya. Di sini jelas semua bahwa ternyat al-Mursi yang kelak menjadi guru sejatiku ini mengambil ilmu langsung dari Tuhan. Dan segala puji bagi Allah, Dia telah menghilangkan rasa bimbang yang ada dalam hatiku”.

Maka demikianlah, ketika ia sudah mencicipi manisnya tasawuf hatinya semakin tertambat untuk masuk ke dalam dan lebih dalam lagi. Sampai-sampai ia punya dugaan tidak akan bisa menjadi seorang sufi sejati kecuali dengan masuk ke dunia itu secara total, menghabiskan seluruh waktunya untuk sang guru dan meningalkan aktivitas lain. Namun demikian ia tidak berani memutuskan keinginannya itu kecuali setelah mendapatkan izin dari sang guru al-Mursi.

Dalam hal ini Ibn Athoilah menceritakan : “Aku menghadap guruku al-Mursi, dan dalam hatiku ada keinginan untuk meninggalkan ilmu dzahir. Belum sempat aku mengutarakan apa yang terbersit dalam hatiku ini tiba-tiba beliau mengatakan : “Di kota Qous aku mempunyai kawan namanya Ibnu Naasyi’. Dulu dia adalah pengajar di Qous dan sebagai wakil penguasa. Dia merasakan sedikit manisnya tariqah kita. Kemudian ia menghadapku dan berkata : “Tuanku… apakah sebaiknya aku meninggalkan tugasku sekarang ini dan berkhidmat saja pada tuan?”. Aku memandangnya sebentar kemudian aku katakan : “Tidak demikian itu tariqah kita. Tetaplah dengan kedudukan yang sudah di tentukan Allah padamu. Apa yang menjadi garis tanganmu akan sampai padamu juga”.

Setelah bercerita semacam itu yang sebetulnya adalah nasehat untuk diriku beliau berkata: “Beginilah keadaan orang-orang al-Siddiqiyyin. Mereka sama sekali tidak keluar dari suatu kedudukan yang sudah ditentukan Allah sampai Dia sendiri yang mengeluarkan mereka”. Mendengar uraian panjang lebar semacam itu aku tersadar dan tidak dapat mengucapkan sepatah katapun. Dan alhamdulillah Allah telah menghapus angan kebimbangan yang ada dalam hatiku, sepertinya aku baru saja melepas pakaianku. Aku pun rela tenang dengan kedudukan yang diberikan oleh Allah”.

Masa ketiga
Masa ini dimulai semenjak kepindahan Ibn Atho’ dari Iskandariah ke Kairo. Dan berakhir dengan kepindahannya ke haribaan Yang Maha Asih pada tahun 709 H. Masa ini adalah masa kematangan dan kesempurnaan Ibnu Atho’illah dalam ilmu fiqih dan ilmu tasawwuf. Ia membedakan antara Uzlah dan kholwah. Uzlah menurutnya adalah pemutusan (hubungan) maknawi bukan hakiki, lahir dengan makhluk, yaitu dengan cara si Salik (orang yang uzlah) selalu mengontrol dirinya dan menjaganya dari perdaya dunia. Ketika seorang sufi sudah mantap dengan uzlah-nya dan nyaman dengan kesendiriannya ia memasuki tahapan khalwah. Dan khalwah dipahami dengan suatu cara menuju rahasia Tuhan, kholwah adalah perendahan diri dihadapan Allah dan pemutusan hubungan dengan selain Allah SWT.

Menurut Ibnu Atho’illah, ruangan yang bagus untuk ber-khalwah adalah yang tingginya, setinggi orang yang berkhalwat tersebut. Panjangnya sepanjang ia sujud. Luasnya seluas tempat duduknya. Ruangan itu tidak ada lubang untuk masuknya cahaya matahari, jauh dari keramaian, pintunya rapat, dan tidak ada dalam rumah yang banyak penghuninya.

Ibnu Atho’illah sepeninggal gurunya Abu al-Abbas al-Mursi tahum 686 H, menjadi penggantinya dalam mengembangkan Tariqah Syadziliah. Tugas ini ia emban di samping tugas mengajar di kota Iskandariah. Maka ketika pindah ke Kairo, ia bertugas mengajar dan ceramah di Masjid al-Azhar.

Ibnu Hajar berkata: “Ibnu Atho’illah berceramah di Azhar dengan tema yang menenangkan hati dan memadukan perkatan-perkatan orang kebanyakan dengan riwayat-riwayat dari salafus soleh, juga berbagai macam ilmu. Maka tidak heran kalau pengikutnya berjubel dan beliau menjadi simbol kebaikan”. Hal senada diucapkan oleh Ibnu Tagri Baradi : “Ibnu Atho’illah adalah orang yang sholeh, berbicara di atas kursi Azhar, dan dihadiri oleh hadirin yang banyak sekali. Ceramahnya sangat mengena dalam hati. Dia mempunyai pengetahuan yang dalam akan perkataan ahli hakekat dan orang orang ahli tariqah”. Termasuk tempat mengajar beliau adalah Madrasah al-Mansuriah di Hay al-Shoghoh. Beliau mempunyai banyak anak didik yang menjadi seorang ahli fiqih dan tasawwuf, seperti Imam Taqiyyuddin al-Subki, ayah Tajuddin al-Subki, pengarang kitab “Tobaqoh al-syafi’iyyah al-Kubro”.

Sebagai seoarang sufi yang alim Ibn Atho’ meninggalkan banyak karangan sebanyak 22 kitab lebih. Mulai dari sastra, tasawuf, fiqh, nahwu, mantiq, falsafah sampai khitobah.Beliau wafat pada tahun 709H.

Ahad, 1 November 2009

Tokoh Islam











Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa' bin Sa'id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.



Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.Menyertai jihadLibya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.


Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting:
1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.

2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-'Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.

3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.



Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.Ketokohan Omar terserlahPerang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.


Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.Dihukum gantung sampai mati. Akhirnya Omar berjaya ditahan.


Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.Beliau mengingatkan kepada mereka:
"Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini."
...Al Fatihah
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template